Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha politik Lim Kit Siang mendedahkan parti UMNO dan Barisan Nasional sanggup mensensasikan isu Syiah demi menutup isu kenaikan harga barang yang dideritai rakyat Malaysia."Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah. Ia dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi."Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel," kata Dyana hari ini.Dyana juga mendakwa kerajaan bersikap talam dua muka apabila menekan rakyatnya yang bermazhab Syiah, padahal ramai penuntut warga asing yang menganut fahaman itu belajar di pusat pengajian tinggi dalam negara ini."Malah, ribuan daripada pelajar antarabangsa ini adalah warganegara Iran yang kebanyakannya pengikut ajaran Syiah yang bergaul secara terbuka dengan mahasiswa-mahasiwa rakyat Malaysia sendiri."Saya percaya di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri terdapat kelompok pelajar-pelajar antarabangsa yang merupakan pengikut Syiah," kata Dyana yang juga bekas pelajar UiTM dalam jurusan undang-undang.Dyana juga mencabar pihak kerajaan memberhentikan pelajar antarabangsa ini atau memaksa mereka mengamalkan ajaran Syiah secara diam-diam."Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, adakah pelajar-pelajar antarabangsa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh kerajaan sendiri ini akan diarahkan untuk berhenti mengaji dan keluar dari Malaysia secara serta-merta?"Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka secara sembunyi supaya umat Islam di Malaysia tidak akan keliru?" pertikai Dyana terhadap tindakan susulan Putrajaya melancarkan perang ke atas penganut Syiah.Dalam pada itu, Dyana juga membidas kerajaan yang berfikiran sempit sehingga mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat Melayu terhadap ajaran Islam."Akhir sekali, saya ingin bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah ini khas untuk orang Melayu-Islam di Malaysia sahaja?"Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan dengan umat Islam dari negara lain? Jika definisi Islam disempitkan di negara kita adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?" kata Dyana lagi.Isu Syiah menjadi tajuk sensasi media Malaysia apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan tuduhan menganut mazhab tersebut dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013.Sebagai reaksi Mohamad Sabu mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.Meskipun begitu KDN tidak mahu mengalah dengan mengadakan sidang media bagi mendedahkan bukti-bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah.Setiausaha KDN, Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.Sebaliknya pendedahan itu mendapat kecaman dari berbagai pihak, malah ada yang mentertawakan KDN Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman SyiahBerita ini dalam bahasa Parsi:ادامه انتقادات به شیعه هراسی در مالزی: فعال سیاسی مالزی: فرار از مشکلات علت اصلی سرکوب شیعیان است
13 Disember 2013 - 20:30
News ID: 488583
Setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mendedahkan isu Syiah yang menjadi wacana hangat dalam media Malaysia, hanyalah jejak langkah berhelah Umno dan Barisan Nasional untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu kenaikan harga barang.